Jumaat, 30 Julai 2010

DEMI MASA...




1. Demi Masa!
2. Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian -
3. kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan kesabaran.Sodaqollahula'zim...

Khamis, 29 Julai 2010

Adab-adab Berdo'a Kepada Allah.


Adab-adab Berdo'a Kepada Allah.

Sahabat yang dikasihi Allah,
Setelah kita memahami bahawa do'a adalah senjata orang Mukmin dan do'a boleh merubah Qadha' dan Qadar, maka marilah kita meneliti pula adab-adab berdo'a supaya do'a yang kita sampaikan kepada Allah s.w.t di dengari-Nya dan dikabulkan-Nya. Terdapat beberapa perkara yang perlu difahami iaitu :

1. Kita hendaklah sungguh-sungguh yakin bahawa do'a kita akan dikabulkan oleh Allah.

اُدْعُوا اللهَ وَأَنْتُمْ مُوْقِنُوْنَ بِاْلإِجَـابَةِ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللهَ لاَ يَسْتَجِيْبُ

دُعَاءً مِنْ قَلْبٍ غَافِلٍ لاَهٍ

Sabda Nabi s.a.w maksudnya : "Berdoalah kamu kepada Allah, sedangkan kamu benar benar yakin akan dikabulkan. Dan ketahuilah olehmu bahawa Allah s.w.t.. tidak akan mengabulkan do'a dari hati yang lalai dan tidak bersungguh-sungguh". (Hadis Riwayat Tarmizi dan Al Hakim - Hadis Hasan)

2. Hendaklah tekun dan tidak terburu buru.

لاَ يَزَالُ يُسْتَجَابُ لِلْعَبْدِ مَالَمْ يَدْعُ بِـإِثْمٍ أَوْ قَطِيْعَةِ رَحِمٍ مَـالَمْ يَسْتَعْجِلْ ،

قِيْلَ يَارَسُوْلَ اللهِ فَمَا اْلإِسْتِعْجَالِ ؟ قَالَ: يَقُوْلُ قَدْ دَعَوْتُ فَلَمْ أَرَ يُسْتَجَبْ لِى فَيَسْتَحْسِرُ عِنْدَ ذَلِكَ وَيَدَعُ الدُّعَـاءَ.

Sabda Nabi s.a.w. maksudnya.:" Akan dikabulkan do'a hamba selagi ia tidak berdo'a dengan dosa atau memutuskan sllaturrahim selama ia tidak isti'jaal. Lalu baginda ditanya:" Ya Rasulallah, apakah yang dikatakan lsti’jaal? "Jawab Nabi s.a.w.:" Dia berkata: Sungguh aku telah berdo'a tetapi tidak juga dikabulkan, lalu ia menyesal dan akhirnya ia tidak berdo'a lagi." (Hadis Riwayat Imam Musllm)

3. Berdo'a dalam semua keadaan:

مَنْ سَرَّهُ أَنْ يَسْتَجِيْبَ اللهُ لَـهُ عِنْدَ الشَّدَائِدِ وَالْكُرْبِ ،

فَلْيُكْثِرِ الدُّعَاءَ فِى الرَّخَـاءِ.

Sabda Nabi s.a.w maksudnya : "Barangsiapa yang ingin agar Allah mengabulkan do'anya ketika ia sedang susah, maka hendaklah ia memperbanyak do'a ketika ia sedang hidup senang. (Hadis Sahih Riwayat Tarmidzi dan Al Hakim)

4. Tidak mengutuk keluarga dan hartanya:

لاَ تَدْعُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ وَلاَ تَدْعُوا عَلَى أَوْلاَدِكُمْ وَلاَ تَدْعُوا عَلَى أَمْوَالِكُمْ ،

لاَ تُوَافِقُوا مِنَ اللهِ سَاعَةً يُسْأَلُ فِيْهَا عَطَاءٌ فَيَسْتَجِيْبُ لَكُمْ.

Sabda Nabi s.a.w maksudnya : "Janganlah kamu mengutuk dirimu, dan jangan pula mengutuk anak-anak kamu dan harta kamu (kerana) ada suatu masa yang jika bertepatan do'a kita pada waktu itu nescaya pasti Allah mengabulkannya. (Hadis Riwayat Imam Muslim)

5. Jangan memohon kepada selain Allah:

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ لابْنِ عَبَّاٍس رَضِىَ اللهُ عَنْهُمَا: يَا غُلاَمُ ، إِنِّى أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ:

اِحْفَظِ اللهَ يَحْفَظْكَ ، اِحْفَظِ اللهَ تَجِدْهُ تُجَـاهَكَ ، إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ اللهَ ،

وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللهِ.

Sabda Nabi s.a.w. kepada Ibnu Abbas maksudnya :" Wahai anakku, jlka engkau meminta maka mintalah kepada Allah, dan jika engkau memohon pertolongan maka mohonlah pertolongan kepada Allah. (Hadis Hasan Riwayat Tarmidzi)

6. Berdo'a dengan suara yang sederhana:

Allah berfirman maksudnya :
"Berdo'alah kepada Tuhanmu dengar merendah diri dan suara yang lembut, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas (tentang yang diminta dan cara meminta).
(Surah Al A’raf ayat 55)

Sabda Nabi s.a.w :

اِرْبَعُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ ، إِنَّكُمْ لاَ تَدْعُوْنَ أَصَمَّ وَلاَ غَائِبًـا ،

إِنَّكُمْ تَدْعُوْنَ سَمِبْعًا بَصِيْرًا.

"Kasihanilah dirimu, sesungguhnya kamu tidak memohon kepada yang pekak dan ghaib, sesungguhnya kamu mohon kepada Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (Hadis Riwayat Imam.Bukhari dan Muslim)

7. Memohon dengan Al Asmaa-ul Husna:

Allah berfirman:

وَلِلَّهِ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَائِهِ

Maksudnya : "Hanya milik Allah " asmaa- ul husnaa" itu, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asmaa-ul husnaa itu dan tinggalkanlah orang orang yang menyimpang dalam (menyebut) nama nama-Nya. (Surah Al A’raf ayat 180)

Rasulullah s.a.w.. pernah mendengar seorang lelaki berdo'a dalam tasyahhudnya:

اَللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ يَااللهُ اْلأَحَـدُ الصَّمَدُ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُوْلَدْ وَلَمْ يَكُنْ لَـهُ

كُفُوًا أَحَدٌ ، أَنْ تَغْفِرَلِى ذُنُوْبِى إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ.

Ertinya: " Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu ya Allah Yang Maha Esa lagi tempat meminta, yang tidak beranak dan tidak pula diperanakkan, dan tidak serupa dengan seorang juapun, kiranya Engkau ampunilah segala dosaku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". LaIu sabda Nabi: Sesungguhnya dia telah diampuni, sesungguhnya dia telah diampuni. (Hadis Sahih Riwayat Abu Daud, An Nasaai)

8. Mengaku berdosa:

Sabda Nabi s.a.w : Penghulu istighfaar ialah:

اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّى لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ ، خَلَقْتَنِى وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ ، أَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ ،

أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوْءُ بِذَنْبِى فَاغْفِرْلِى فَـإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ.

Ertinya: "Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, Engkau telah menciptaku dan aku hamba-Mu, dan aku (terikat) dengan janji-Mu semampu yang aku boleh (laksanakan), aku memohon perlindungan kepada-Mu dari kejahatan yang aku lakukan, aku mengakui bahawa semua nikmat yang Engkau berikan kepadaku adalah milikMu, dan aku mengakui terhadap dosa dosaku, oleh itu ampunilah aku, kerana sesungguhnya tiada yang dapat memberi ampunan kecuali hanya Engkau". (Hadis Riwayat Bukhari)

Fadilatnya Penghulu Istighfar: Barangsiapa yang membacanya pada waktu siang dengan penuh keyakinan lalu dia mati sebelum petang maka ia termasuk ahli Syurga. Dan siapa yang membacanya pada waktu malam dengan penuh keyakinan lalu dia mati sebelum pagi maka ia termasuk ahli Syurga. (Hadis Riwayat Bukhari)

9. Jangan terikat dengan sajak dalam do'a:

Ibnu Abbas menasihati sahabat-sahabatnya:

فَانْظُرِ السَّجْعَ مِنَ الدُّعَاءِ فَاجْتَنِبْهُ فَإِنِّى عَهِدْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهَ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَصْحَابَهُ لاَ يَفْعَلُوْن إِلاَّ ذَلِكَ ؛

يَعْنِى لاَ يَفْعَلُوْنَ إِلاَّ ذَلِكَ اْلإِجْتِنَابُ.

Jauhilah sajak ketika kamu berdo'a, kerana Rasulullah dan para sahabatnya tidak melakukan perkara demikian. (Hadis Sahih Riwayat Imam Bukhari)

10. Berdo'a dengan khusyu' dan merendah diri:

Allah berfirman:

وَاذْكُرْ رَبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالْآصَالِ وَلَا تَكُنْ مِنَ الْغَافِلِينَ (205)

Maksudnya : "Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang orang yang lalai." (Surah Al A'raf ayat 205)

Allah berfirman:

كَانُوا يُسَارِعُونَ فِي الْخَيْرَاتِ وَيَدْعُونَنَا رَغَبًا وَرَهَبًا وَكَانُوا لَنَا خَاشِعِينَ(90)

Maksudnya : "Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam (mengerjakan) perbuatan perbuatan yang baik dan mereka berdoa kepada Kami dengan harap dan cemas. Dan mereka adalah orang-orang yanq khusyu' kepada kami." (Surah Al Anbiyaa' ayat 90)

11. Bertaubat dan menjauhkan diri dari segala bentuk dosa :

Rasulullah s.a.w. berkata tentang seorang lelaki yang mengangkat kedua tangannya ke langit, sambil berdo'a:

يَارَبِّ يَارَبِّ ، وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذَّى بِالْحَرَامِ ، فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لَـهُ.

"Ya Tuhanku, Ya Tuhanku, sedangkan makanannya haram, pakaiannya haram, dan hidup bergelimang dengan perkara haram maka bagaimanakah do'a akan dikabulkan Allah? (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

12. Berdo'a dengan amal soleh :

Agar do'a kita segera dikabulkan oleh Allah s.w.t.. maka kita boleh berdo'a kepada-Nya sambil bertawassul dengan amal soleh yang pernah kita lakukan. Allah sangat suka kita menyebut-nyebut amal soleh kita kepada-Nya.

Dalam hadis sahih riwayat Imam Bukhari dan Muslim diceritakan tentang tiga orang yang masuk kedalam gua kerana hujan lebat. Mereka terkurung di dalamnya kerana batu besar yang jatuh dari atas gunung menutupi pintu gua tersebut. Mereka berdo'a kepada Allah sambil menyebut-nyebut amal soleh masing masing. Do'a mereka makbul dan akhirnya selamat keluar.

13. Mengulangi do'a sebanyak tiga kali:

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim bahawa Abdullah Bin Mas'ud berkata: Baginda Rasulullah s.a.w jika berdo'a, baginda berdo'a sebanyak tiga kali, dan jika baginda memohon baginda memohon sebanyak tiga kali.

14. Bersalawat kepada Nabi s.a.w.:

Sabda Nabi s.a.w :

كُلُّ دُعَاءٍ مَحْجُوْبٌ حَتَّى يُصَلِّى عَلَى النَّبِيِّ.

Maksudnya : "Tiap- tiap do'a akan terhalang sehingga dia bersalawat kepada Nabi s.a.w. (Hadis Hasan)

15. Menghadap Kiblat:

Dari Abdullah Bin Mas'ud r.a. katanya:

اِسْتَقْبَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْقِبْلَةَ ، فَدَعَا عَلَى نَفَرٍ مِنْ قُرَيْشٍ.

Nabi Muhammad s.a.w. menghadap ke Ka'bah, lalu beliau berdo'a mengutuk beberapa orang dari golongan Quraisy. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

16. Mengangkat kedua-dua tangan:

Abdullah Bin Omar r.a. berkata:

رَفَعَ النَّبِيُّ (صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) يَدَيْهِ فَقَالَ : اَللَّهُمَّ إِنِّى أَبْرَأُ إِلَيْكَ مِمَّا صَنَعَ خَالِدٌ مَرَّتَيْنِ

Nabi Muhammad s.a.w. mengangkat kedua-dua tangannya, lalu baginda berdo'a: "Ya Allah, aku berlepas diri kepada-Mu daripada apa yang dilakukan oleh Khalid (dua kali)." (Diriwayatkan oleh Al Bukhari)

Berkata Abu Musa:

ثُمَّ رَفَعَ يَدَيْهِ فَقَالَ: اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِعُبَيْدِ أَبِى عَامِرٍ ، رَأَيْتُ بَيَاضَ إِبْطَيْهِ.

Kemudian baginda Nabi s.a.w. mengangkat kedua-dua tangannya, lalu beliau berdo'a: "Ya Allah, ampunilah dosa 'Ubaid Bin 'Amir, dan aku melihat keputihan ketiak baginda."(Hadis Riwayat Imam Bukhari)

17. Berwudhu' sebelum berdo'a:

Berkata Abu Musa r.a : " Sebelum 'Ubaid Abu 'Amir meninggal dunia, dia telah berpesan kepada aku agar aku menyampaikan salamnya kepada Nabi Muhammad s.a.w.. dan memohon do'anya agar Allah mengampuni dosa-dosanya. Ketika pesanan tersebut aku sampaikan kepada baginda Rasul s.a.w lalu baginda menyuruhku agar mengambil sebekas air untuknya. Kemudian beliau berwudhu' dan mengangkatkan kedua-dua tangannya sambil berdo'a: "Ya Allah, ampunilah dosa 'Ubaid Abi 'Amir; dan aku melihat keputihan ketiak baginda. Baginda seterusnya berdo'a:

:اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِعُبَيْدِ بْنِ عَامِرٍ ، رَأَيْتُ بَيَاضَ إِبْطَيْهِ ، ثُمَّ قَالَ

اَللَّهُمَّ اجْعَلْهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَوْقَ كَثِيْرٍ مِنْ خَلْقِكَ مِنَ النَّـاسِ.

"Ya Allah, ampunilah dosa 'Ubaid Abi 'Amir; dan aku melihat keputihan ketiak baginda. Baginda seterusnya berdo'a:" Ya Allah, jadikanlah dia pada Hari Kiamat sebagai orang yang mulia mengatasi kebanyakan makhluk-Mu."

Lalu akupun berkata: Mohon ampunan jugalah untuk aku ya Rasulullah.

Kemudian baginda berdo'a:

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِعَبْدِ اللهِ بْنِ قَيْسٍ ذَنْبَهُ ، وَأَدْخِلْهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مُدْخَلاً كَرِيْمًا

"Ya Allah, ampunilah dosa dosa Abdullah Bin Qais (Abu Musa), dan masukkanlah dia ke dalam tempat masuk yang mulia pada Hari Kiamat. (Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)

18. Berdoa sambll menangis:

Dari Abdullah Bin 'Amr Bin Al 'Ash RA, bahawa Nabi Muhammad SAW membaca ucapan Nabi Isa a.s..:

Ertinya: "Sekiranya Engkau seksakan mereka sesungguhnya mereka adalah hamba hamba—Mu, dan sekiranya Engkau ampuni mereka, sesungguhnya Engkau adalah Maha Mulia lagi Maha Bijaksana". (Al Maidah: 118),

Lalu Nabi s.a.w.. menganqkat kedua dua tangannya dan berdo'a :


اَللَّهُمَّ أُمَّتِى أُمَّتِى ، (وَبَكَى)

" Ya Allah, umatku, umatku ", (sambil baginda menangis).

Selanjutnya Allah s.w.t berfirman kepada Jibril (as):

يَا جِبْرِيْلُ اِذْهَبْ إِلَى مُحَمَّدٍ فَقُلْ: إِنَّـا سَنُرْضِيْكَ وَأُمَّتِكَ وَلاَ نَسُوْؤُكَ.

Maksudnya : "Hai Jibril, pergilah engkau kepada Muhammad, dan katakan kepadanya: " Sesungguhnya Kami akan meredainya dan umatnya, dan kami tidak akan menyusahkan kamu ". (Hadis iwayatR Imam Muslim)

19. Berdo'a sambil merendahkan diri:

Allah s.w.t.. menceritakan tentang keadaan para Nabi ketika mereka memohon kepada-Nya, antaranya:

Maksudnya "Dan (ingatlah kisah) Ayyub, ketika ia menyeru Tuhannya: (" Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang diantara semua penyayang".
(Surah Al Anbiyaa ayat 89)

Maksudnya : "Dan (ingatlah kisah) Zakaria, tatkala ia menyeru Tuhannya: "Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkaulah waris yang paling baik".
(Surah Al Anbiyaa ayat 89)

20. Berdo'a pada waktu waktu yang mustajab

Kita meyakini bahawa Allah s.w.t.. telah menetapkan beberapa waktu atau masa yang sangat baik jika kita berdoa didalamnya. Waktu waktu itu antara lain: Pada malam Lailatul Qadr, pada dua pertiga malam, setelah solat waktu dan lain lain.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
"Atau siapakah yang memperkenankan do'a orang yang menderita apabila ia berdo'a kepada-Nya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu).
(Surah al-Naml ayat 62)

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :
"Berdo'alah pada waktu mustajab do'a iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, waktu mendirikan solat dan ketika hujan turun".
(Hadis Riwayat Abu Daud).

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, "Tiga bentuk do'a yang dimustajabkan Allah; do'a ibu bapa terhadap anak, do'a orang yang berpuasa dan do'a orang yang bermusafir."
(Hadis Riwayat Baihaqi)

Rasulullah s.a.w pernah ditanya:

أَيُّ الدُّعَـاءِ أَسْمَعُ ؟ قَالَ : جَوْفُ اللَّيْلِ اْلآخِـرِ وَدُبُرُ الصَّلَوَاتِ الْمَكْتُوْبَـةِ .

"Do’a yang manakah yang paling didengar (diterima)? Jawab baginda: (Do’a) akhir malam dan setelah solat wajib. (Hadis Riwayat Tarmizi – Sahih)

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita mengikuti adab-adab ketika berdo'a seperti yang tersebut di atas semoga, adab-adab tersebut dapat menambahkan kekyusukan kita semasa berdo'a dan memenuhi amalan Nabi s.a.w semasa berdo'a. Apabila cara kita betul memenuhi KPI berdo'a cara Islam, insya Allah semua do'a kita akan di kabulkan oleh Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t. bermaksud:
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo'a apabila ia memohon kepadaKu maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Aku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
(Surah al-Baqarah ayat 186).

Selasa, 27 Julai 2010

Persiapan Diri Untuk Menyambut Kedatangan Ramadan al-Mubarak


Persiapan Diri Untuk Menyambut Kedatangan Ramadan al-Mubarak

Sahabat yang dimuliakan,
Apabila berada saja kita dibulan Syaaban maka teringatlah kita bahawa Ramadan sudah hampir. Bulan yang penuh keberkatan.

Orang Mukmin yang hati dan jiwanya sentiasa berhubung dengan Allah akan menanti kehadiran Ramadan al-Mubarak adalah umpama penantian sepasang suami isteri yang bahagia menanti kelahiran anak pertama mereka, dengan penuh gembira dan debaran. Persiapan dibuat rapi, persalinan dan pakaiannya telah disediakan awal, takut bila-bila masa, bayi yang dinanti akan lahir kedunia.

Apakah kita merasai perasaan yang sama? Berapa kalikah dalam kehidupan kita telah kita lalui kehadiran Ramadan, adakah setiap kali ia datang telah menambahkan takwa kita kepada Allah? Atau adakah ia datang dan pergi sama dengan bulan-bulan yang lain?

Tinggal beberapa hari lagi bulan Ramadan akan tiba, oleh itu saya mengajak diri saya dan diri sahabat semua, untuk Ramadan kali ini kita membuat persiapan awal lebih rapi dan teliti. Kita penuhi keperluan empat fakulti insan iaitu persiapan jiwa (spritual), fikiran (mental), perasaan (emosi) dan badan (fizikal). Apabila lengkap persiapan ini, insya Allah kualiti puasa dan ibadah kita akan lebih baik untuk kita persembahkan kepada Allah s.w.t.

Terdapat sepuluh persiapan untuk kita menyambut kedatangan Ramadan al- Mubarak :

1.Berdoa kepada Allah s.w.t. semuga dipanjangkan umur dan diberi kesihatan ketika kedatangan bulan Ramadan :
Nabi s.a.w berdo'a : "Ya Allah! Berkatilah kami didalam Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami kebulan Ramadan"

2.Bersyukur dan memuji Allah diatas kedatangan bulan Ramadan.

3.Gembira dan teruja dengan Ramadan :

Dari Abu Hurairah katanya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :

"Apabila tibanya malam bulan Ramadan syaitan dan jin jahat diikat, ditutup pintu-pintu Neraka, dibuka pintu-pintu Syurga dan malaikat menyeru, 'Hai mereka yang mencari kebaikan ayuhlah, hai mereka yang mahu melakukan kesalahan tangguhlah,' setiap malam Allah akan memerdekakan hambaNya dari api Neraka."

4.Menyediakan perancangan yang rapi untuk manfaatkan bulan Ramadan dengan sebaik mungkin.berazam untuk khatam 30 juzuk al-Qur'an.

5.Membuat keazaman yang jujur untuk merebut dan memenuhkan setiap masa didalam bulan Ramadan dengan melakukan amalan-amalan yang soleh,memulakan bersedekah, mengasihi , merai dan mengingati anak-anak yatim dan membatu fakir miskin.

6.Mempelajari dan memahami hukum -hakam berkaitan Ramadan.

7.Kita menyambut kedatangan Ramadan dengan keazaman untuk bertaubat dan meninggalkan kesemua dosa dan maksiat.dan berazam untuk mendapat malam Lailatul qadar (lebih baik dari seribu bulan) .

8.Membaca buku-buku, ceramah serta pengajian yang dapat menyemarakkan semangat untuk melakukan ketaatan didalam bulan Ramadan.

9.Membuat persiapan menjadi pendakwah didalam bulan Ramadhan iaitu menyebarkan risalah-risalah dan adakan perbincangan yang berkaitan puasa dan hukum-hukumnya.

10.Membukukan lambaran baru hubungan kita dengan :

a. Allah s.w.t. iaitu bertaubat dan berdoa dan mentaati perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.

b.Rasulullah s.a.w. iaitu mentaati segala perintahnya dan menjauhi larangannya dan mengamalkan sunnahnya.

c. Ibu bapa , suami,isteri,anak-anak dan saudara mara iaitu dengan melakukan kebaikan dan menyambung hubungan silaturrahim.

d.Mesyarakat iaitu membina perhubungan persaudaraan Islam dan mendidik mereka untuk menjadi hamba Allah yang soleh dan bertakwa.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setelah kita atur semua program dan perancangan yang akan kita laksanakan dalan bulan Ramadan ini, kita perlu pastikan dihari pertama Ramadan terus dilaksanakan tanpa ada apa-apa alasan, beristiqamahlah hingga akhir bulan Ramadan. Insya Allah ibadah puasa yang kita laksanakan akan mendapat markah penuh iaitu bertakwa kepada Allah s.w.t.

Apabila kita berniat dan berazam dengan sepenuh hati untuk memiliki puasa yang terbaik dan dibulan Syaaban ini kita mulakan persiapan maka Allah s.w.t akan memberi kekuatan dan mengkabulkan hajat kita ini.

Aun bin Abdullah berkata: Dahulu orang-orang soleh menulis surat kepada sahabatnya tiga kalimat;
1. Siapa yang beramal untuk akhirat, maka Allah mencukupi segala urusan dunianya.
2. Dan siapa yang memperbaikki niatnya, maka Allah akan memperbaikki zahirnya.
3. Dan sesiapa yang memperbaikki hubungannya dengan Allah, maka Allah akan memperbaikki hubungannya dengan sesama manusia.

Ahad, 25 Julai 2010

Dunia Penjara Bagi Orang Mukmin dan Syurga Bagi Orang Kafir.


Dunia Penjara Bagi Orang Mukmin dan Syurga Bagi Orang Kafir.

Sahabat yang dikasihi kerana Allah,
Walau pun hidup di dunia singkat berbanding kehidupan akhirat, tetapi ianya sangat penting kerana ia adalah penentu samaada kita bahagia atau celaka di hari akhirat nanti.

Untuk bahagia di hari akhirat, kita mesti melakukan sebanyak-banyaknya kebaikan ketika hidup di dunia. Samalah seperti jika kita ingin memetik buah yang lebat, manis dan segar, maka pokok yang kita tanam perlu subur dan sihat. Mana mungkin, pokok yang layu, kering dan tidak sihat menghasilkan buah yang baik.

Begitulah hubungan kehidupan dunia dengan akhirat. Orang yang memikirkan kehidupan di hari akhirat ialah orang yang paling kuat berusaha, beribadah dan membuat kebajikan ketika hidup di dunia.

Hidup di dunia kita terikat dengan peraturan dan undang-undang yang telah di tetapkan oleh Allah s.w.t. Tidak boleh bebas sepenuhnya seperti orang-orang kafir kerana bagi mereka dunia ini adalah syurga dan tidak ada lagi syurga di hari akhirat kerana kekufuran mereka kepada Allah s.w.t. Sesuailah apa yang di sabdakan oleh Nabi s.a.w. bahawa di dunia ini adalah penjara untuk orang Mukmin dan Syurga bagi orang kafir.

Dari Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya :”Dunia penjara bagi orang Mukmin dan Syurga bagi orang kafir.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Sahabat yang dimuliakan,
Dunia ini harus kita nikmati dengan mengikuti segala perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya. Dikatakan bahawa dunia adalah penjara bagi mukmin kerana di dunia manusia terdedah dengan pelbagai macam godaan dan ancaman yang mencabar keimanan.

Bahkan apa yang dilarang oleh agama itu selalunya menjadi kesukaan nafsu manusia. Namun hakikatnya laranga-larangan itu adalah demi kebaikan dan kesejahteraan manusia itu sendiri agar tidak terjebak ke lembah kebinasaan.

Berbeza pula bagi golongan kafir mereka bebas melakukan apa sahaja sehingga akhirnya mereka merosakkan jiwa dan diri mereka sendiri. Inilah hakikat dunia yang akan menjadikan manusia yang alpa tenggelam di dalamnya.

Sebab itu kita selaku orang Mukmin diseru agar memanfaatkan dunia dengan bijaksana iaitu apabila kita berusaha memanfaatkan kehidupan dunia sebagai jambatan menuju kebahagiaan akhirat, maka Allah akan memberikan kedua-duanya (kebahagiaan dunia dan akhirat).

Namun sekiranya kita hanya mengutamakan kehidupan dunia dan melupakan akhirat, maka Allah hanya akan memberikan satu kenikmatan sahaja iaitu dunia semata. Sedangkan di akhirat kelak kita mendapat kerugian yang banyak.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Orang beriman tidak mengenal letih, putus asa dan kecewa dalam melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan. Dunia tempat bekerja bukan tempat rehat. Oleh itu kita mesti gigih melaksanakan amal soleh, memperbanyakkan amal ibadah, meningkatkan ilmu fardu ain dan menyampaikannya, berdakwah dan berjihad di jalan Allah s.w.t.

Ingatlah! Dunia tempat menanam, akhirat tempat menuai. Waktu menanam memanglah susah, tidak semudah waktu menuai. Tetapi tanpa melalui kesusahan, kita tidak akan dapat menikmati kesenangan. Jangan sekali-kali mengikut ajakan syaitan dan godaan nafsu menyuruh berbuat jahat dan kemungkaran.

Fikirkanlah! Waktu tidur dan berehat-rehat telah berlalu, kerana bertambahnya umur kita bermakna kita telah terlalu hampir untuk bertemu Allah s.w.t. Sanggupkah kita berhadapan dengan Allah s.w.t. nanti dengan membawa amal yang terlalu sedikit sedangkan dosa pula melebihi daripada pahala yang kita miliki?

Walaupun di dunia ini kita mengalami kesusahan dalam kehidupan kerana kemiskinan, menderita kerana penyakit yang dihadapi, di uji dengan pergolakan dalam keluarga karenah anak-anak dan isteri, tekanan di tempat kerja dengan sikap ketua yang tidak berhemah, tekanan sebagai guru dengan sikap pelajar yang tidak beradap sopan dan berbagai-bagai masaalah yang datang silih berganti anggaplah itu semuanya sebagai 'penjara' atau pun dugaan yang ditakdirkan oleh Allah s.w.t. kepada kita semua. Bila kita redha dan sabar menghadapinya maka ingatlah ganjaran yang besar menanti kita di hari akhirat nanti.

Biarkanlah orang-orang kafir berseronok melakukan maksiat dan kemungkaran. Mereka buru harta dunia siang dan malam, Mereka berhibur dengan muzik, menonton filem, meminum arak, bermain judi, memiliki wanita-wanuta cantik, dan makan-minum apa saja yg mereka suka dan memuaskan hawa nafsu mereka sepenuhnya maka itu adalah Syurga untuk mereka. Sekiranya umat Islam terikut-ikut dengan cara hidup mereka dan menjadikan dunia ini seperti Syurga maka di hari akhirat nanti mereka akan dijauhi dari Syurga oleh Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
"Dan orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan mencegah dirinya dari hawa nafsu, maka Syurgalah tempat kediamannya."
(Surah An-Nazi'at ayat 40-41)

Akhirkata anggaplah kehidupan ini dan semua yang ada padanya sebagai ujian kepada manusia, dan dapat menilai siapakah manusia yang paling baik amalannya. Di akhirat nanti kedudukan manusia ditentukan beradasarkan apa yang mereka lakukan ketika di dunia dan akhir kesudahan kehidupan mereka.

Kehidupan didunia hanyalah sementara sahaja.Oleh itu marilah sama-sama kita menginsafi diri, beristighfar setiap masa dan berdo'a memohon keampunan di atas kesalahan dan dosa yang telah kita lakukan. Persiapkanlah dua bekalan iaitu satu bekalan yang akan kita bawa bersama-sama ke alam Barzakh dan satu bekalan yang kita tinggalkan di dunia yang mana sahamnya masih kita perolehi iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak-anak yang soleh dan solehah.

Selasa, 20 Julai 2010

Hiasilah akhlak kita dengan sifat warak...


Hiasilah akhlak kita dengan sifat warak...

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap yang halal dan haram telah jelas dan nyata, tetapi di antara halal dan haram ada perkara-perkara syubhah. Sesiapa yang dapat menjauhi dari perkara syubahah maka ia telah menjaga agama dan kehormatan dirinya. Salah satu sifat mahmudah yang perlu dimiliki oleh setiap Mukmin adalah sifat warak.

Jiwa seorang Mukmin sentiasa berhat-hati di dalam kehidupan di dunia ini, sentiasa peka dan sensitif kalau-kalau ada perbuatan, percakapan dan niat dihatinya yang mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah. Dia bukankan saja meninggalkan yang haram tetapi dia juga meninggalkan perkara-perkara yang makruh , syubhah dan boleh mendatangkan fitnah.

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, " Seorang hamba tidak dapat mencapai tingkat muttaqin hingga ia meninggalkan apa-apa yang tidak berdosa kerana khuatir terjerumus pada apa-apa yang berdosa."
(Hadis Riwayat Tarmidzi)

Berdasarkah hadis di atas adalah merupakan ungkapan dan gambaran sifat warak. Sifat warak adalah sifat berhati-hati dalam menghindari larangan Allah s.w.t. Sifat ini amat jelas terdapat pada diri Rasulullah s.a.w dan juga para sahabat baginda. Sifat warak pada masa itu telah menjadi suatu amalan yang di hayati oleh generasi awal. Sehingga kurun tersebut dianggap sebagai kurun terbaik dalam sejarah umat Islam. Apakah ciri-ciri atau panduan yang mereka guna dan amalkan sehingga mereka hidup subur dengan sifat tersebut?

Sahabat yang dimuliakan,
Terdapat beberapa panduan yang perlu kita amalkan supaya dapat kita memiliki sifat warak yang akan menghiasi akhlak kita.

1.Menghormati hak Allah s.w.t. :
Mengharamkan dan menghalalkan sesuatu adalah hak mutlak Allah s.w.t. Tidak boleh seseorang pun campur tangan dalam urusan-Nya. Sesungguhnya hanya hukum halal dan haram yang datang dari Al-Qur'an dan Sunnah Nabi s.a.w sahaja kita terima, dan menolak segala bentuk hukum yang datang dari ciptaan manusia.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, "Ingat, setiap raja mempunyai kawasan larangan. Ingat, larangan Allah ialah apa sahaja yang diharamkan-Nya."

2. Menghormati hak manusia :
Islam datang untuk mengangkat kembali darjat manusia ketempat yang sewajarnya. Islam menjamin hak-hak manusia seperti hartanya, keturunannya, kehormatannya dan nyawanya.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, "Siapa yang mengambil hak orang lain walau sejengkal tanah, akan dikalungkan hingga tujuh petala bumi. Barangsiapa yang mengambil hak seorang Muslim dengan sumpah palsunya, maka Allah telah mewajibkan baginya Neraka dan mengharamkan baginya Syurga."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

3. Menegakkan keadilan kepada diri sendiri dan orang lain :
Allah s.w.t. memerentahkan manusia untuk berlaku adil walaupun terhadap diri sendiri. Berlaku adil pada diri sendiri menyebabkan seseorang akan berlaku adil pada orang lain.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, " Sesungguhnya orang-orang yang berlaku adil kelak di sisi Allah di tempatkan di atas mimbar dan cahaya. Mereka itu ialah orang yang adil dalam menghukum terhadap keluarga dan apa sahaja yang diserahkan (diberi kuasa) kepada mereka."

4. Melangkah dengan ilmu pengetahuan :
Seorang Muslim mesti mengetahui dan memahami tentang ketentuan dan larangan Allah s.w.t. terhadap mereka.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud, " Janganlah kamu mengikuti suatu hal yang kamu tiada memiliki pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, pengelihatan dan hati kamu semuanya akan di minta pertanggungjawabkannya."
(Surah al-Isra' ayat 36)

5. Mengasah kepekaan hati :
Kepekaan hati untuk mengenal perkara yang hak dan batil di sebut sebagai 'furqan' (pembeza). Jiwa yang memiliki 'furqan' akan segera mengesan dan membezakan antara yang hak dan yang batil. Hanya seseorang yang mempunyai sifat warak akan dapat merasakan perasaan seperti ini dan hatinya terasah dengan baik akan mempunyai perasaan yang kuat. Hatinya akan menjadi sensitif terhadap kebatilan dan amat peka dengan kebenaran.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, " Al-Birr (kebaikan) itu adalah akhlak yang baik manakala dosa itu segala sesuatu yang terasa tidak tenang dalan hati serta dikhuatiri diketahui oleh orang lain."
(Hadis Riwayat Muslim).

6. Muhasabah setiap saat :
Manusia memiliki sifat khilaf, lupa dan lalai. Sering mereka melakukan kesalahan dan kesilapan terhadap diri sendiri dan orang lain tanpa mereka sedari. Melalui kebiasaan menghitung dan menghisap diri sendiri (muhasabah) mereka akan segera menyedari kesilapan dan kekhilafan. Malah segera memperbaikinya serta tidak mengulanginya lagi.

7. Mempertimbangkan nasihat orang lain :
Seseorang yang warak akan sentiasa berterima kasih atas nasihat orang lain. Walaupun nasihat itu datangnya dan teguran itu datangnya dari pihak lawan. Nasihat ini adalah bahan dan 'ramuan' penting untuk kita muhasabah diri yang disediakan oleh suasana sekeliling.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Agama itu nasihat." Tanpa nasihat, Islam tidak akan tertegak sebagai ajaran dalam sebuah masyarakat Islam yang mementingkan iman dan akhlak Islam.

8. Memperhitungkan risiko diri dan keturunan :
Seorang yang warak akan sentiasa takut terhadap akibat yang akan di tanggung hasil dari perbuatan dosanya. Samaada menimpa dirinya atau keturunannya.

Dalam sebuah hadis Qudsi, Rasulullah s.a.w. pernah mengambarkan bahawa seseorang yang tidak akan diterima do'a-do'anya kerana apa yang dipakai dan dimakannya berasal dari barang-barang yang haram.

9. Khuatir akan azab Allah di hari akhirat :
Seseorang yang warak pasti merasa cemas apabila diingatkan tentang risiko yang akan ditanggungnya di akhirat. Ia cenderung merasa berat dalam memikul kewajipan dan tugas di dunia kerana khuatir tidak melaksanakannya dengan baik.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Sesiapa yang kami serahkan tugas amal, lalu menyembunyikan sekecil jarum atau lebih maka ia berupa ghulul (penghianatan) yang akan dipikul pada hari kiyamat." mendengar kata-kata ini, tiba-tiba berdiri seorang Ansar yang berkulit hitam, lalu berkata : "Wahai Rasulullah, terimalah kembali tugas yang tuan serahkan kepadaku itu." "Mengapa?" tanya Rasulullah s.a.w. "Kerana aku mendengar tuan berkata bagini dan begini, 'Dan kini aku berkata, 'Siapa yang kami serahkan tugas amal harus menyerahkan semuanya, sedikit atau banyak. Maka apa yang diberikan kepadanya boleh diambil dan yang tidak hendaklah ditinggalkan."

Sahabatku,
Akhirkata kata perlulah diperhatikan beberapa ciri-ciri di atas yang boleh mendidik kita untuk mengasah dan memiliki sifat warak. Sifat warak sebenarnya boleh menghampirkan diri kita dengan Allah s.w.t. dan melengkapkan kita dengan akhlak Islam dan menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

Ahad, 18 Julai 2010

~~~ Banyak Ketawa Mematikan Hati ~~~


~~~ Banyak Ketawa Mematikan Hati ~~~

Untuk renungan bersama:

Rasulullah SAW telah menerangkan kepada kita tentang bahaya banyak tertawa, iaitu dapat melenyapkan fungsi hati, dimana blh berubah dari hidup menjadi mati.
Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah engkau memperbanyak ketawa, krna ssungguhnya banyak tertawa akan mematikan hati”

Yang dimaksud dengan mematikan hati adalah mematikan hati lalai untuk mengingati Allah SWT & lalai kepada kehidupan akhirat; apabila hati manusia lalai dalam mengingati Allah SWT, maka sesungguhnya kematian lebih dekat kepadanya daripada kehidupan.

Dibolehkan bagi seorang mukmin utk tertawa & bersenda gurau dgn sahabat-sahabatnya, sbb Rasulullah SAW pun bersenda gurau dgn sahabat-sahabat baginda, sebagai mana disebutkan dari Anas bin Malik bahwa Nabi SAW bersabda:

“Wahai yang memiliki dua telinga.” Ini adalah gurau Rasulullah SAW kepada Anas ra.
Dan dari Anas ra bahwa Rasulullah SAW menyuruh kepada seorang lelaki untuk menunggangi anak unta, maka orang itu berkata: “Apa yang akan saya perbuat terhadap anak unta betina ini? Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Bukankah unta betina itu akan melahirkan unta jantan”.

Bagi orang-orang yang memperhatikan kehidupan Rasulullah SAW maka ia akan mengetahui apa yang ia cari bahwa Rasulullah SAW adalah peribadi yang suka senda gurau dan tawa. Akan tetapi baginda bukanlah peribadi yg banyak tertawanya sebagaimana yang diriwayatkan dari Jabir bin Samrah ra, ia berkata: “Bahwa pada kedua betis Rasulullah SAW terdapat kehalusan dan bahwa baginda tidak tertawa kecuali tersenyum”.

Rasulullah SAW dalam senda guraunya tidak berkata-kata kecuali kebenaran, sebab seorang mukmin perlu menghibur diri untuk mengusir kejenuhan dan untuk memperbaharui semangat, para sahabat Rasulullah SAW sering berkumpul hingga mereka saling tertawa dan senda gurau antara satu dengan yang lainnya. Sedangkan bersenda gurau yang berlebihan, melebihi batas yang diperlukan maka ini merupakan kesungguhan, dan hal ini memberi pengaruh besar terhadap perilakunya hingga kehidupannya berubah menjadi cemuhan terhadap dirinya sendiri.

Orang yang konsisten hendaknya bersikap serius dalam menghadapi perkara-perkara hidupnya, tahu waktu untuk bersenda gurau dan setiap sesuatu ia laksanakan sesuai dengan keperluan agar tidak berlebih-lebihan dan juga tidak melalaikan. Apabila seorang yang konsisten terbiasa untuk tertawa dan bersenda gurau maka hatinya pasti menjadi keras, sebagai akibatanya adalah bila dinasihati maka tidak akan berguna baginya nasihat itu di dalam kehidupannya, apabila diingatkan maka ita tidak pernah sedar krn hatinya terlanjur dipenuhi canda, gurau dan tawa, hingga menjadikannya lemah.

Bahkan sebagian ada yang berlebihan dalam hal ini hingga gurau senda itu menjurus pada perbuatan dosa-dosa besar, menghina saudara-saudara muslim dan memperolok-olok mereka hanya untuk mendapatkan tawa dari teman-temannya lalu senda gurau itu berkembang pada perbuatan dusta untuk mendapatkan tawa dari khalayak. Rasulullah SAW bersabda:

“Celakalah bagi orang yang berbicara lalu berdusta agar orang lain tertawa, celakalah baginya dan celakalah baginya”.(HR Abu Daud, At-Tirmidzi dan Al-Hakim)
Imam Al-Manawi dalam kitab Faidh Al-Qadhir berkata:

“Kalimat: “Celakalah baginya”, Rasulullah SAW ulang-ulang hingga tiga kali, sebagai pernyataan besarnya azab orang itu, krn perbuatan semacam itu merupakan sumber dari perbuatan hina dan merupakan sumber dari segala perbuatan memalukan, maka jika perbuatan dusta itu dipadukan dengan perbuatan untuk memancing tawa manusia yang dapat mematikan hati dan menyebabkan manusia lupa akan dirinya serta dapat menyebabkan sikap kasar maka perbuatan itu adalah keburukan yang paling buruk”

Maka sederhana bergurau adalah suatu perkara yang sangat penting khususnya dalam kehidupan manusia yang konsisten krn ia memerlukan sikap serius dan krn jalan yang ia tempuh menuntut seperti itu.

Tertawa dan Menangis

Allah berfirman, “Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” (QS. An Najm : 43)
Ayat suci ini menunjukkan kepada kita mukjizat ilmiah pada proses tertawa dan menangis. Akal yang dikurniakan oleh Allah kpd manusia mampu merasakan hal-hal yang dapat membuatnya tertawa atau menangis. Manusia merupakan satu-satunya makhluk yang dapat tertawa dan menangis. Ia akan tertawa jika mendengar atau melihat hal-hal yang membuatnya tertawa: gembira dan melihat azab ditimpakan kepada musuhnya.

Maka dia tersenyum dengan tertawa krn (mendengar) perkataan semut itu…. (QS. An Naml : 19)
Banyak muka pada hari itu berseri-seri, tertawa, dan gembira. (QS. ‘Abasa : 38-39)
Maka pada hari ini, orang-orang yang beriman mentertawakan orang-orang kafir. (QS. Al Muthaffifin : 34)

Sesungguhnya orang-orang yang berdosa adalah mereka yang dahulunya (di dunia) mentrtawakan orang-orang beriman. (QS Al Muthaffifin : 29)

Tangis manusia dapat disebabkan oleh rasa takut, ngeri, khusyuk, rasa sakit, dan penyesalan.
…Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis. (QS Maryam : 58)

Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk. (QS Al Isra’ : 109)

Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis banyak sebagai pembalasan dari apa yang selalu mereka kerjakan. (QS At Taubah : 82)

Menangis adalah sarana pertama yang dipakai oleh seorang bayi untuk menghadapi kehidupan ini. Ketika berada di dalam perut ibunya, dua paru-parunya tertutup krn peredaran darah pada tubuhnya berjalan melalui celah jantung yang disebut “celah telur” menuju ke paru-paru ibu secara langsung tanpa melalui paru-parunya. Dua paru-paru ini baru mulai diguna ketika anak itu menangis ketika dilahirkan. Tangisan ini menutup celah pada jantungnya dan membuka sarang dadanya sehingga darah pun segera mengalir ke paru-parunya yang sudah terbuka akibat tangisan tersebut, kemudian udara masuk dan mulailah proses pernafasan normal.

Para ilmuwan berpendapat kesedihan dan bencana yang menimpa manusia menyebabkan arus elekrtik yang kuat sampai ke otak dan akan dikirim oleh urat saraf ke setiap organ tubuh hingga berpengaruh pada fungsinya dalam kadar yang bermacam-macam. Jika arus itu sampai ke jantung, akan menyebabkan perubahan pada debarnya, bahkan kadang-kadang mengakibatkan kematian mendadak.
Jika sampai ke hati, akan mengacaukan proses asimilasi yang mengakibatkan sakit gula. Jika sampai ke perut, akan menyebabkan rasa sakit dan penegangan, menambah kadar keasaman, dan mungkin mengakibatkan terjadinya bisul di dalam perut. Jika sampai ke empedu, akan menimbulkan ketegangan pada saluran empedu dan mengurangi kemampuannya memproses perasaannya hingga menyebabkan pengendapan garam dan pembentukan batu pada pundi-pundi empedu. Jika arus-arus elektrik yang ditimbulkan oleh rasa sakit dan sedih itu sampai ke usus, akan menimbulkan kekembungan dan kekacauan dalam proses pencernaan. Selain itu, tanda-tanda tersebut juga dapat sampai ke tangan dan kaki hingga menimbulkan kesemutan, kelemahan, serta terserang penyakit saraf dan jiwa.

Arus-arus elektrik yang mendadak ini akan melewati pembuluh saraf, lalu diserap dan dihalangi ketika berjalan-jalan menuju bagian-bagian tubuh. Perasaan nyaman, sabar, iman, dan melakukan sholat ketika terjadi kesusahan dapat menguatkan pembuluh saraf dan menyemangatkan fungsinya hingga mampu menghalangi perjalanan semua sinyal menuju tubuh dan melindunginya dari bahaya arus-arus itu. Jika pukulan bencana itu sangat kuat dan kesedihannya sangat dalam, otak akan mengirimkan sinyal-sinyal yang melebihi kemampuan pembuluh hipotalamus ke sistem-sistem di dalam tubuh agar tidak membahayakan kondisinya. Jika kelenjar air mata bertambah aktif, akan mengeluarkn air mata yang mencuci mata. Otot-otot rongga dada yang bergerak, baik ketika tertawa maupun menangis, meningkatkan etos kerja paru-paru dan pada gilirannya akan bermanfaat dalam proses pembersihan darah dari unsur karbondioksida. Sinyal-sinyal ini mungkin bermanfaat menggerakkan sebagian otot wajah yang diperlukankan dari masa ke semasa.

Demikianlah, menangis dan tertawa adalah dua kurniaan yang berguna untuk menghalangi perjalanan arus-arus berbahaya yang di atas kemampuan pembuluh hipotalamus dan mengalihkannya ke organ-organ lain. Jika pekerjaan organ-organ ini bertambah, justru bermanfaat bagi tubuh. Setiap manusia, sekuat apa pun iman dan daya tahannya, sekali-kali harus menangis ketika tertimpa kesusahan untuk mengalihkan limpahan sinyal-sinyal listrik mendadak yang tiba di otak. Terkadang juga digunakan beberapa jenis ubat penenang untuk membatasi sampainya arus2 berbahaya ini ke organ-organ tubuh. Akan tetapi, ubat penenang seperti ini tidak akan berkhasiat lagi setelah pengaruhnya habis. Seorang manusia beriman tidak memrlukan bius dan ubat penenang seperti itu selama tabah dalam menghadapi kesusahan dan rela terhadap ketentuan AllAh.

Keburukan tertawa

BANYAK ketawa menjadikan hati semakin gelap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidak menyala. Hati juga tidak berfungsi lagi.

Nabi Muhammad s.a.w melarang umatnya daripada tertawa yang melampaui batas. Ini kerana banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu. Barangsiapa ketawa terbahak-bahak, akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu.

Kenapa dilarang ketawa terbahak-bahak? Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhirat dan alam barzah yang bakal kita tempuhi kelak.

Dunia hanya tempat tumpangan sementara. Kita menuju ke alam yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi. Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana, sama ada berbahagia atau menderita.

Berbahagia di dunia bersifat sementara, tetapi di akhirat berpanjangan tanpa had. Penderitaan di dunia hanya seketika, tetapi di akhirat azabnya berterusan dan berkekalan.
Merenung dan memikirkan keadaan ini cukup untuk kita menghisab diri serta menyedarkan diri kita mengenai bahaya yang akan ditempuh.

tertawa -tawa di masjid menggelapkan suasana kubur, demikian ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w. Kita sedia maklum, kubur ialah rumah yang bakal kita duduki bagi tempo panjang.
BANYAK ketawa menjadikan hati semakin gelap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidak menyala. Hati juga tidak berfungsi lagi.

Nabi Muhammad s.a.w melarang umatnya daripada tertawa yang melampaui batas. Ini kerana banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu. Barangsiapa ketawa terbahak-bahak, akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu.

Kenapa dilarang ketawa terbahak-bahak? Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhirat dan alam barzah yang bakal kita tempuhi kelak.
Dunia hanya tempat tumpangan sementara. Kita menuju ke alam yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi. Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana, sama ada berbahagia atau menderita.

Berbahagia di dunia bersifat sementara, tetapi di akhirat berpanjangan tanpa had. Penderitaan di dunia hanya seketika, tetapi di akhirat azabnya berterusan dan berkekalan.
Merenung dan memikirkan keadaan ini cukup untuk kita menghisab diri serta menyedarkan diri kita mengenai bahaya yang akan ditempuh.

Tertawa -tawa di masjid menggelapkan suasana kubur, demikian ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w. Kita sedia maklum, kubur ialah rumah yang bakal kita duduki bagi tempoh panjang.
Kita kesepian dan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu pintu ke syurga atau neraka. Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dengan sikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia.

Ketawa yang melampaui batas menjadikan kita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu, akal turun menjadi kurang. Kepekaan terhadap akhirat juga menurun.
Nabi pernah bersabda: Barangsiapa tertawa -tawa nescaya dilaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar). Mereka yang banyak tertawa di dunia nescaya banyak menangis di akhirat.
Saidina Ali sentiasa mengeluh: … jauhnya perjalanan.. . sedikitnya bekalan…
Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda, bermaksud: Barangsiapa banyak tertawa , nescaya meringankan api neraka.

Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu. Cuma yang dilarang ialah berterusan gembira dengan ketawa berlebihan.

Sebaik-baik cara bergembira ialah seperti yang dicontohkan oleh Rasullullah s.a.w. Baginda tidak terbahak-bahak, tetapi hanya tersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat.

Beberapa sahabatnya pernah berkata: Ketawa segala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu terbahak-bahak

Rabu, 14 Julai 2010

Akhlak Yang Mulia...


Akhlak Yang Mulia...

Suatu hari datang utusan kepada Nabi dan mereka bertanya, Wahai Rasulullah, siapa hamba Allah yang paling dicintainya? beliau menjawab, 'yang paling mulia akhlaknya.' (HR. Imam Ahmad & Ibnu Majah).

Disuatu ketika Nabi bertanya, 'Maukah kalian kuberitahu tentang orang yang paling kucintai?' 'Tentu, Wahai Rasulullah.' Jawab mereka. Beliau kembali bertanya, 'Maukah kalian kuberitahu tentang orang yang paling kucintai?' 'Tentu Wahai Rasulullah,' jawab mereka lagi. Lalu beliau menegaskan, 'Orang yang paling mulia akhlaknya.' (HR. Imam Ahmad).

Orang yang memiliki akhlak mulia mendapatkan kehormatan sebagai orang yang paling dicintai oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan RasulNya. Bahkan Nabi menjamin bukan hanya dicintai oleh Allah dan Rasulnya aja namun juga dicintai oleh setiap orang yang mengenalnya.Sebagaimana Sabda Nabi,

'Kalian disenangi oleh manusia bukan karena harta kalian namun oleh wajah ceria dan akhlak yang mulia.' (HR. al-Bazzar & Abu Ya'la).

Wajah ceria dan akhlak mulia yang kita miliki bagai air yang selalu memberikan kehidupan. Ia menyuburkan tanah dan pepohonan. Kehadiran kita mampu memberikan kesegaran dan kesejukan untuk orang-orang disekeliling kita. Menjadi energi dan rahmat Allah bagi semesta Alam. Sungguh indahnya hidup ini bila kita mampu menjadi orang yang dicintai oleh Allah, RasulNya dan orang-orang disekeliling kita yang kehadirannya adalah rahmat Allah bagi semesta Alam. Ketika meninggal dunia, langit dan bumipun menangis karena kehilangan dirinya.

Wassalam,

agussyafii

Isnin, 5 Julai 2010

HANTARAN AL-QURAN...


HANTARAN AL-QURAN... baca la sekejap. renung2kan lah selamat b'amal

Kepade mereka2 yg nk menghantar dan menerime hantaran..pk2n

“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih.. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan.. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“ Ala , awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin..

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“ Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad

Surah Ar Ra'd

“Apa benda nih” detik hati Nabil..

“Bismillahirrahmaani rrahim.. ALL..MAA.. RIII..!!” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassya itaanirra jim.. Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA..” kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.


“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya...” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya..

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba.. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.

read dis...

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his
relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by
his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the
shroud and the chest of the deceased.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki
itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang
betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu
berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan
Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya
mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai
ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang
diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah
tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia
dimasukkan ke dalam Syurga.'

Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an,
which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low
voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will
have no grief.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku
adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara
yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang.
Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from
Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada
Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang
dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement,
before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the
Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di
hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran,
mahupun dari nabi atau malaikat.'

Please keep forwarding this 'Hadith' to all .....because

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:

'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

May Allah bestow this favour on all of us...

Sabtu, 3 Julai 2010

KEHEBATAN BERZIKIR (SATU KAJIAN)


KEHEBATAN BERZIKIR (SATU KAJIAN)

Apabila kita berzikir, mengulangi kalimat-kalimat memuji Allah seperti Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahuakbar, secara automatik beberapa kawasan otak yang terlibat semakin aktif, sekali gus menambah tenaga bioelektrik.

Lama kelamaan sekumpulan 14 juta saraf yang membentuk otak kita saling mempengaruhi sekumpulan 16 juta saraf tubuh supaya turut aktif dan saling berinteraksi.

Pada masa yang sama, semasa berzikir, otak kita menjadi aktif secara keseluruhan disebabkan semua aktiviti zikir yang kita lakukan tadi natijah daripada aliran interaksi bioelektrik yang tidak terbatas.

Justeru, otak mereka yang selalu berzikir terdorong memahami perkara baru. Mampu melihat dari sudut perspektif berbeza, semakin kreatif dan kritis. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati kita untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Dalam satu ujian imbasan mengukur kadar aktiviti otak manusia di Universiti Washington, membuktikan otak mampu bertindak balas apabila diulang ulangi perkataan yang sama, mempamerkan peningkatan aktiviti saraf dan seterusnya merebak ke kawasan lain dan mengaktifkannya.

Penemuan menakjubkan ini dimuatkan dalam majalah Scientific American pada tahun 1993. Tatkala saintis Barat menemui keajaiban ini, kita umat Islam telah lama mengamalkannya dan mendapat manfaat melalui zikir.

Sedihnya, masih ramai umat Islam yang masih mengambil ringan dan mengabaikan kepentingan berzikir yang sangat bermanfaat ini.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 152 menyatakan, "Maka ingatlah kepadaKu supaya Aku ingat pula kepadamu".

Teruslah melangkah mengubah sempadan iman... selangkah kita mendekati Allah, seribu langkah Allah akan mendekati kita..


Seseorang yang lidahnya sentiasa basah mengingati Allah mendapat manfaat antaranya:

1. Membersihkan hati daripada sifat mazmumah.

2. Melembutkan hati sehingga dapat melihat kebenaran yang datang daripada Allah.

3. Berasa dekatnya diri dengan Allah sehingga apabila berdepan pelbagai musibah, pergantungannya hanya kepada Allah.

4. Meningkatkan mutu amalan kepada Allah.

5. Memelihara diri daripada gangguan syaitan yang sentiasa mahu menyesatkan manusia daripada mengingati Allah.

6. Menjadi penawar kepada hati yang sering gundah, keluh kesah dan tidak tenteram.

Menghadiri majlis ilmu sama ada kuliah, ceramah, seminar atau bengkel termasuk dalam zikrullah, malah disifatkan Rasulullah sebagai satu daripada taman syurga.

Baginda bersabda diriwayatkan Ibnu Umar yang bermaksud“Apabila kamu melalui taman syurga, maka hendaklah kamu singgah dan ambil perhatian. Sahabat bertanya, apakah taman syurga wahai Rasulullah? Baginda menjawab, ia adalah halaqah (majlis) zikir. Sesungguhnya Allah menghantar utusannya yang terdiri daripada malaikat mencari majlis zikir dan apabila malaikat melihat dan berjumpa dengannya, mereka saling menyebut perkara itu sesama mereka.”

Ulama juga ada membuat perumpamaan bahawa malaikat mencari majlis ilmu seperti seseorang melihat bintang berkelip di langit pada waktu malam. Betapa indahnya melihat bintang bersinar..


Pada hari Jumaat yang penuh dengan kelebihan ini marilah kita sama sama memperbanyakkan zikirullah..

"Sesungguhnya (wajib) beruntung bagi mereka yang membersihkan (hati) dan (dengan) berzikir menyebut nama Tuhannya (serta) mendirikan Solat."
Al-A'laa 14-15